:: A Girl Who Tells Her Stories Sincerely ::

:: A Girl Who Tells Her Stories Sincerely ::

Friday, December 16, 2011

CUEPACS minta 1.4 juta kakitangan awam tidak tandatangan surat tawaran JPA


assalamualaikum kawan2.
skemanye saye  -_-"
lame gile saye tak update blog kan. ade jugak yg tanye.
terima kasih menghargai kewujudan blog ni  =)
insyaallah, saye akan terus blogging.
^_^
sekarang ni sektor kerajaan tengah heboh pasal pertukaran opsyen.
tu yg buat tergerak hati nak update blog.
artikel kat bawah ni saye ambik dari sini: http://cuepacs.blogspot.com/
mungkin ade antara anda, anda atau anda, memang tak faham atau tak ambik taw langsung pasal isu ni.
siap cakap, "kejadah ape minah ni membebel??"
boleh la bace kalau rase2 macam nak taw.
sekadar berkongsi  ^_^


******************************

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu. Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan. Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini. 

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara. 

Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini. 

“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan. Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya. 

SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun. 

Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah. 

“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.



******************************

sesungguhnya kami kakitangan awam, sangat2 dalam dilemma.
kerajaan sekarang semakin macam2 hal, semakin mengelirukan.
sekejap opsyen tu, sekejap opsyen ni.
semoga CUEPACS dapat membela nasib kami.

kami yg telah sain surat AKU JANJI,
terpakse menurut perintah  -_-


much ♥

16 comments:

QASEH ALYN said...

berat sebelah la skim baru nie rina...huhu...slamat berblogging...miss u...:)

azam said...

:) said dah?? terbaik...hehehe

terpaksa akur janji kan?

Princess Yanti said...

hye dear...singgah n follow sini...jempot singgah blog kite..

Hanih Borhan said...

Tak apa...insyaAllah ada jalan keluar dari apa2 masalah kita, kan? :)

EZAN IDMA said...

sis ada prob ke?

Afzainizam said...

wehhh lama aku tak datang sini

SBPA kali ni paksa 60 taun kerja... baru ajer dapat borang tanda tangan..

sesejak ni banyak benda kena buat prestasi SKT nak kena buat... semuanya buat orang kalam kabut..


last-last tangguh pula.. pastu terbaru akan di kaji semula..


perrgghhh panas hati aku...

cucur udang cecah sos panas panas angkat dari kuali perrgghhh sedap sungguh hingga lupa ingatan kejap menikmatinya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip kereta semasa banjir

afzainizam said...

kalau ikut perkiraan senang kalau masuk 3 tahun mmg kena tukar timing belt.... sebab timing belt punya getah dah keras dan tak lembut lagi... walau mata kasar nampak elok jerrr lagi...

yuppp mmg rasanya aku akan buat post pasal LED lampu brake nanti... tunggu yerrr

haiii lama ko tak berblog ni...

apa citer?

dhiera said...

taw xpe dah lame tak update~
sebenarnya, aku pun rasa macam kerajaan ni tahapehape. macam dalam pembentangan bajet ritu ada cakap nak bagi HPV vaksin untuk orang awam dekat LPPKN. jap tadi, saya baru je call LPPKN, dorang cakap dorang tak tahu pun pasal ni. yang lagi sadis, dorang suh call klinik kesihatan. saya call klinik kesihatan, dia kata dia pun tak dapat apa memo pasal HPV untuk orang awam. sedih kot. saya nak amek HPV vaksin before kawen. ni macam ni plak. nak labur rm600 lebih untuk HPV vaksin dekat swasta. terlalu banyak kot dengan belanja nak kawen lagi. sobsob.. kalau rm200 boleh la lagi~

eh, panjang plak. hehe

ABU said...

gua bler bler sikit bab yg ini sbb gua keja suasta, kurang mendapat pembelaan daripada kerajaan..emmm..

Raden said...

basic da bape k? hehe

misz l0vely said...

aslmkm...
hye...
j0m j0in c0nway nie..
http://showmeshawlsecrets.blogspot.com/2012/04/contest-giveway-by-showmeshawlsecrets.html
tq...
;-)

hijrahahmad said...

Assalamualaikum .. salam kenal.. folbek yah.. makasih

zifa nia said...

salam kenal .. nak cakap2 .. ??

http://curhatz.blogspot.com/

faisal asyraf said...

Nasib la sy mmg jenis x minat keja kerajaan. :) just jadi pemerhati dari luar je. Hehehe

Yie Weezer said...

follow sini :)

Pelangi said...

alam cantik nye...jom singgah blog nie plak www.pelanginadia.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...